Tuesday, 31 December 2013

Saturday, 30 November 2013

Hello

Kata orang , nikmati hari ini macam esok kau akan mati.
Tapi, kalau esok kau masih bernafas.
Teruskan menikmati hidup kau dengan penuh kebahagiaan.
Dugaan yang kau terima macam asam garam nak sedapkan masakan.

Apa guna garam kalau tak digunakan ?
Kalau makan macam tu je, memanglah masin.
Cuba kau campurkan dengan bahan lain, garam tu jugaklah permulaannya.
Kan ?

Dugaan bukan untuk diratapi atau jadi benda paling sedih dalam hidup.
Tapi untuk mengajar kita nilai menghargai.
Sekarang, tarik nafas dalam dalam untuk tempuh bulan baru.
Kurang dari 30 hari, kau akan masuk dalam 2014.

Siapkan bala tentera dan senapang kau untuk masuk dalam dewan peperangan terbaru.

Hello... ❄️⛄️🎅🎄🎁

IR

December .

December 2013 .
Hanya satu langkah saja lagi untuk menapak ke January 2014 .

Ya . Ada banyak perkara baru yang harus aku tempuh .

Masih jauh perjalanan yang harus aku berlari .
Masih banyak halangan yang harus aku daki .
Masih cetek pemikiran untuk di puji .

Aku harus terus berlari mengejar mimpi .

K

Tuesday, 26 November 2013

Sabar .

Segala penat lelah
Pasti terbalas jua
Tunggu

IR

Bisa .

Kadang terlupa kadang terleka
Setiap patah kata pasti ada bisa

IR

Sunday, 24 November 2013

Hidup .

"Hidup ini bukan untuk derita .
Derita bukan untuk selamanya . "

K

Seribu.

Tak perlu seribu tahun untuk penyesalan .  Cukup hari ini penuh keinsafan .

K

Monday, 18 November 2013

Pelangi .

Bolehkah lihat sinar pelangi pada esok hari ,  walaupon masih tidak kelihatan hujan yg membasahi bumi .

***
Hashtag Metafora .
Sebab sekarang musim hujan. but still , tak nampak pelangi . Haha .

K

Ada .

Bahagia ketika duka .
Ada kemungkinan ke ?

K

Saturday, 16 November 2013

Suatu ketika dulu

Dulu , aku pernah terfikir

“Apalah aku nak jadi bila dah besar nanti ?”

“Nak jadi macam mamalah , mama berani ! Mama smart , mama cantik ! Seronok tengok mama shopping baju kerja lawa-lawa !”

“Eh , taknaklah . Emma Maembong tu lawa ! Dia popular , orang semua kenal dia ! Aku nak jadi macam dia ! Aku nak orang kenal aku siapa !”

“Ustazah kata bila nak berjaya , kena selalu dekat dengan Tuhan . Bila dapat kerja pulak , jangan buat kerja yang boleh masuk neraka ! Hmm , aku nak jadi doktorlah !”

Tapi , itu semua dulu
Sebelum aku sendiri menghadapi pahit getir cabaran hidup ni

Sekarang ,
Aku terlalu rindukan zaman kanak-kanak aku
Waktu di mana aku tak pernah ambik kisah apa yang orang cakap pasal aku
Aku rasa dunia ni aku yang punya
Aku jadi nakal sampai orang fed up nak jaga aku

Tapi , waktu tak boleh diundur
Setiap saat yang aku lalui dihitung
Setiap baik dan buruk yang aku buat
Ditimbang dosa dan pahalanya

Aku manusia biasa ,
Selalu buat silap
Selalu leka
Pengalaman mendewasakan aku
Pengalaman mengajar aku erti ketabahan yang sebenar

Dan kini , apa jua anganku ,

Terletak di dalam genggamanku

IR

Monday, 11 November 2013

Sedar .

Bila kita heartbroken , orang akan kata . "Bro , Barang yang lepas , jangan di kenang . Move on "

And kita akan jawab . "Kau apa tahu ? Bukan kau yg rasa betapa peritnya .... bla bla bla *diselitkan dgn ayat gramatis dan jiwang . "

Tapi satu hari , kita sedar yg dah terang lagi bersuluh itu hakikatnya .
Masa yang telah berlalu .
Kita tak dapat nak gerap balik .
Walaupon seketika cuma .

Kita menjadi dewasa ditemani masa .
*walaupon umur baru 15 , takde la dewasa mana pon .

Move on . Anda mampu mengubahnya . :)

K .

Masa .

Kita mengetahui ,
Masa pantas berlari
Tanpa henti .

Apa yg terjadi dulu .
Yang membawa aku berdiri di sini
Mengharungi setiap minit , Jam dan hari .
Dan memahami erti setiap intipati sembunyi
Yang harus aku galinya sendiri .

Aku pasti .
Sekiranya aku mempunyai masa yang mencukupi .
Segala intipati kehidupan aku akan temui .
Nanti .
Insyaallah .

K

Sunday, 10 November 2013

Sometimes

Sometimes , we didn't realize
How important are us in someone's life
Sometimes , we didn't know
Why are we kept smiling when we start to think about them
Sometimes , we didn't know
Why are we crying for them
Sometimes , we don't even think
When we'll meet again

When the time comes
We'll realize how big our love towards our beloved

IR

Wednesday, 6 November 2013

Find

Don't be scared to walk alone
And don't be scared to like it
Sometimes you have to be lost to find yourself again

IR

Semalam

Semalam
Ada yang lihat dengan penuh kegembiraan
Ada juga yang padat dengan kegagalan
Mimpi ngeri semalam memberi seribu satu kenangan

Bila adanya keindahan semalam
Pasti kewujudan hari ini tidak lagi sepi
Penuh gelak tawa
Buang duka lara

Kegagalan semalam bukan pengakhiran 
Lihatlah semalam dengan penuh keinsafan
Bina hari ini dengan penuh keceriaan
Simpan semalam sebagai kenangan

Apa motif kewujudan pepatah kalau tak diterap dalam diri
Buang yang keruh , ambil yang jernih
Hayati kejadian semalam 
Tapi jangan buang seribu satu pengajarannya

Pandang hari esok bagai medan perang
Berjuang

IR

Esok .

Selagi ada esok yang hadir ,
Bertahan .
Selagi tiada duka lahir ,
Kita tak perasan .
Kerana apa yg hadir ,
Pasti ada kesan .

Tak perlu lihat semalam dgn penyesalan .
Tak perlu lihat esok dengan ketakutan .
Tapi lihatlah harini dgn penuh kesedaran .

K

Bila .

"Bila kita terlalu berpegang pada masa lampau ,
kita lupa yg sebenarnya kita boleh bergerak ke depan .
Kita lupa yang masih belum terlambat untuk kita pilih jalan lain .
Kita lupa yang sebenarnya ada yang lebih bahagia . "

K

Mungkin

Mungkin ramai yang fikir
Putus harapan
Kiamatlah dunia

Tapi mungkin juga ada yang berfikiran luas
Tak tergapai satu aspirasi
Masih ada peluang kedua

Cuba dan terus mencuba
Mencari diri sendiri dalam diri
Mungkin ini bukan harinya

Mungkin esok
Lusa

Siapa tahu ?

IR