Monday, 29 December 2014
Tuesday, 25 November 2014
Hijrah
Kau akan rasa,
Manusia manusia yang kau baru kenal ni,
Jauh lagi sesuai dengan kau berbanding dengan sahabat lama kau.
Nak tau sebab apa?
Sebab kau berpisah terlalu lama dengan sahabat kau.
Sampai kau lupa betapa banyak kenangan hidup kau yg kau dah lalui dengan mereka semua.
Kau terlalu seronok dengan orang yang kau baru kenal.
Sebab tu wujudnya perkataan hijrah.
Sahabat kau tk boleh salahkan kau,
Sebab kau berhijrah ke jalan yang sepatutnya kau dah lama pergi.
Allah lebih mengetahui.
Ajaib
Padahal banyak lagi benda lain boleh fikir
Kenapa nak kena risau hal remeh temeh ?
Padahal boleh selesai dengan cara yang mudah
Kenapa serabutkan kepala nak fikir lain daripada lain ?
Padahal benda yang unik tu boleh tercetus dalam sekelip mata
Kenapa perlu baca cerita yang dah pernah terjadi ?
Padahal Al - Quran ada cerita pasal benda yang bakal terjadi
Fikir
Tak salah nak berjanji
Tak salah nak berangan
Tak salah nak tangguhkan benda yang patut dibuat
Tapi
Satu je nak tanya
"Kau yakin ke kau boleh solat subuh lagi pagi esok?"
Friday, 21 November 2014
Guna mata hati
Pandang bawah untuk belajar bersyukur lepas apa yg kau dah dapat
Tapi jangan lupa pandang sekeliling untuk tengok siapa yg kau perlu berterima kasih
Mudah
Lupa yg sebenarnya dia dah banyak melukakan
Hidup kalau asyik nk fikir yg diri tu asyik dilukai pun tak boleh jugak
Islam sendiri cakap yg kita ni bersaudara
Kalau kita jaga hati orang
Orang akan jaga hati kita
Ingat
Jangan menyakiti kalau taknak disakiti
Sunday, 8 June 2014
Tinggi .
Mama selalu pesan :
Jangan letakkan harapan yang tinggi
Agar bila jatuh nanti
Tidak rekah bumi .
Semua tahu , sakit tak terperi .
Pandai pandai la bersederhana dalam segala hal duniawi .
Sunday, 1 June 2014
Terima Kasih
Kadang terduduk
Kadang terdiam
Namun kau tetap ada
Belakang
Kiri
Kanan
Memaut aku
Terus berjalan
Ego
Memang kau tak rasa, tapi kau ada deria lihat.
Memang kau tak dengar , tapi kau ada perasaan.
Ego kau takpayah lahtinggi everest .
Takkan ke mana .
Saturday, 31 May 2014
Hilang
Aku rasa apa tang kau rasa, kau rasa apa yang aku rasa .
Aku hilang satu semangat aku .
Ummulkitan aku sedekah, moga kau rasa benda yang sama .
Realiti
Mana kau ? Mana semua orang ?
Hilang . Tak dapat dikesan .
Dah jatuh ditimpa tangga, bergolek aku jatuh dah semua benda timpa .
Aku bangun, Allah ada .
Dia tunjuk aku jalan keluar.
Mana kau ? Mana yang lain ?
Baru datang .
Tuesday, 13 May 2014
Hati .
Hati --
Aku faham kata dia ,
Aku tahu apa rasa dia .
Namun apa daya .
Aku tidak punya kuasa .
Tidak . Aku berkata pada diri sendiri .
Walau aku tahu ia memakan diri .
Menyakiti .
Menghancuri .
Tidak mengapa sekiranya hanya aku .
Tapi tidak .
Ya . Aku pentingkan diri .
Tak mengapa .
Demi hati aku .
Hati dia .
Tak mengapa .
Biar sakit sementara ,
Asal lukanya tidak dalam mana .
Apa guna bahagia sementara ,
Tapi pedihnya siapa sangka .
Siapa sangka .
Wednesday, 30 April 2014
Ada
Akan ada satu ketika ,
Kau rasa mahu lari dari orang buat seketika .
Berfikir sejenak , Siapa kita ?
Namun , tiada jawapannya .
Akan ada satu ketika ,
Kau rasa seperti mahu lari dari kehidupan ini .
Merasakan diri tiada harapan tersembunyi lagi .
Namun , kita ketahui .
Bahawa esok masih ada lagi .
Akan ada satu ketika ,
Kau rasa kau dah dapat jawapannya ,
Tapi semuanya hampa .
Jawapan ada . Tapi ada silang katanya .
Terserah pada kita mahu menyelesaikannya atau pun biarkan saja .