Tuesday, 25 November 2014

Hijrah

Akan ada satu masa ,
Kau akan rasa,
Manusia manusia yang kau baru kenal ni,
Jauh lagi sesuai dengan kau berbanding dengan sahabat lama kau.

Nak tau sebab apa?

Sebab kau berpisah terlalu lama dengan sahabat kau.

Sampai kau lupa betapa banyak kenangan hidup kau yg kau dah lalui dengan mereka semua.

Kau terlalu seronok dengan orang yang kau baru kenal.

Sebab tu wujudnya perkataan hijrah.

Sahabat kau tk boleh salahkan kau,
Sebab kau berhijrah ke jalan yang sepatutnya kau dah lama pergi.

Allah lebih mengetahui.


Persepsi

Nak ubah diri ,
Tak perlu bah prinsip.

Cuma

Ubah mentaliti

Ajaib

Kenapa perlu fikir benda yang membebankan otak ?
Padahal banyak lagi benda lain boleh fikir

Kenapa nak kena risau hal remeh temeh ?
Padahal boleh selesai dengan cara yang mudah

Kenapa serabutkan kepala nak fikir lain daripada lain ?
Padahal benda yang unik tu boleh tercetus dalam sekelip mata

Kenapa perlu baca cerita yang dah pernah terjadi ?
Padahal Al - Quran ada cerita pasal benda yang bakal terjadi

Fikir

Tak salah nak rancang masa depan
Tak salah nak berjanji
Tak salah nak berangan
Tak salah nak tangguhkan benda yang patut dibuat

Tapi

Satu je nak tanya

"Kau yakin ke kau boleh solat subuh lagi pagi esok?"

Friday, 21 November 2014

Guna mata hati

Pandang atas untuk tengok siapa lagi yg perlu kau saing
Pandang bawah untuk belajar bersyukur lepas apa yg kau dah dapat
Tapi jangan lupa pandang sekeliling untuk tengok siapa yg kau perlu berterima kasih

Mudah

Kadang kadang manusia ni lupa
Lupa yg sebenarnya dia dah banyak melukakan
Hidup kalau asyik nk fikir yg diri tu asyik dilukai pun tak boleh jugak
Islam sendiri cakap yg kita ni bersaudara

Kalau kita jaga hati orang
Orang akan jaga hati kita

Ingat

Jangan menyakiti kalau taknak disakiti